Sejarah PSS
Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Kamarul Ariffin (dulu dikenali dengan nama SMK Tenang) telah diwujudkan sejak awal pembukaan sekolah ini iaitu pada pertengahan bulan Jun 1999. Namun demikian, PSS dibuka kepada pelajar dan guru-guru hanya bermula pada awal sidang persekolahan pada tahun 2000. Ini kerana pelbagai proses perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti membuat inventori, mengemas, menyusun peralatan PSS yang masih berselerak di samping merekodkan buku-buku dan seumpamanya.
Perasmian PSS SMK Tenang telah disempurnakan oleh YB Ibrahim bin Daud, ADUN Kawasan Tenang pada 23hb September 2002. Majlis perasmian ini diadakan sempena kempen mengumpulkan majalah dan buku-buku lama yang berlangsung pada 23hb hingga 30hb September 2002.
Pusat Sumber Sekolah ini memberikan perkhidmatan secara "Access' terbuka (openaccess) dan dengan ini adalah menjadi tanggungjawab bersama menyusun, mengemaskini, serta menjaga kebersihan bilik ini.
Pada 2009, PSS SMK Kamarul Ariffin telah maju setapak lagi. Sistem automasi PSS telah diperkenalkan dan digunapakai secara rasmi pada tahun 2010.
Pusat Sumber Sekolah ini turut mengalu-alukan pandangan serta komen membina yang membawa ke arah perkhidmatan yang lebih berkesan.
ILMU DAN AMAL KUNCI KECEMERLANGAN adalah motto PSS sekolah ini.
Sekian, terima kasih.









0 ulasan:
Catat Ulasan