PeRATURAN AM
Ø Pengguna hanya dibenarkan meminjam sebuah buku fiksyen atau sebuah buku bukan fiksyen bagi satu minggu.
Ø Pengguna tidak dibenarkan membawa sebarang bahan keluar dari PSS tanpa direkodkan.
Ø Bermain dan berbual- bual di dalam PSS adalah dilarang keras
Ø Pengguna dilarang makan atau minum di dalam PSS bagi menjaga kebersihan dan keselamatan PSS.
Ø Pengguna dikehendaki menanggalkan kasut dan meninggalkan beg, fail, dan sebagainya di luar PSS.
Ø Pengguna dikehendaki menunjukkan semua buku atau bahan yang dibawa keluar untuk pemeriksaan.
PeRATURAN KHUSUS
· Masuk hendaklah melalui pintu masuk.
· Tidak dibenarkan membawa fail, beg atau benda-benda lain yang boleh diisikan buku.
· Tidak dibenarkan membuat bising sama ada dengan mulut atau dengan benda-benda lain kecuali untuk tayangan gambar atau Pendidikan Muzik.
· Tidak dibenarkan membuat sampah dan mengotori perpustakaan.
· Tidak dibenarkan membawa keluar buku atau bukan buku tanpa kebenaran.
· Membaca akhbar, majalah atau buku hendaklah diletakkan semula ke tempat asalnya dengan teratur bukan di tempat rahsia atau tujuan sendiri.
· Tiap-tiap seorang murid boleh merninjam sebuah buku sahaja selama seminggu.
· Tidak dibenarkan menggunting gambar dan mengoyakkan bahagian buku atau lain-lain bahan bacaan.
· Jangan memanjat rak buku.
· Buku-buku atau bahan-bahan lain tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.
· Penyeludupan buku keluar dari perpustakaan adalah menjadi satu kesalahan.
· Jika murid-murid terlewat memulangkan buku dalam 1 hari daripada tarikh pemulangan, maka murid tersebut dikenakan denda 10 sen.
· Buku-buku yang hilang mestilah diganti mengikut harga sebenarnya.
· Jika sesiapa hendak menggunakan perpustakaan di luar waktu yang ditetapkan,mesti memberitahu guru perpustakaan terlebih dahulu.
· Barang siapa masuk ke perpustakaan mestilah mencatatkan laporan yang telah disediakan di perpustakaan sama ada untuk mengambil alat atau sebagainya.
· Kakitangan sekolah juga tertakluk kepada undang-undang perpustakaan.
· Penyelaras Pusat Sumber berhak menambah atau meminda undang-undang yang tersebut di atas.






0 ulasan:
Catat Ulasan