Selasa, 10 Julai 2012
OBJEKTIF
Objektif
- Memusatkan bahan-bahan bacaan dan media untuk rujukan guru dan murid-murid.
- Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja.
- Mempertingkatkan bilangan buku mengikut nisbah murid-murid.
- Meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran dan potensi individu serta sahsiah.
- Membina bahan-bahan untuk proses P&P murid-murid dan membantu guru dan murid menghasilkan dan mempelbagaikan bahan-bahan P&P.
- Menggalakkan dan menunjuk ajar penggunaan bahan-bahan P&P dalam kalangan guru dan murid-murid.
- Memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematis.
- Melatih pelajar mengguna kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran.
- Menggalakkan budaya membaca dan menuntut ilmu dalam kalangan murid-murid melalui kempen Pertandingan Membaca dan Program Nilam.
Isnin, 9 Julai 2012
MATLAMAT
Matlamat PSS
Pusat sumber berfungsi untuk melaksanakan objektif sekolah melalui program yang berasaskan media dan juga teknologi pendidikan.
Pusat sumber bermatlamat mencapai peningkatan mutu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat berjalan dengan lebih lancar dan bermalaia dengan terwujudnya bahan-bahan rujukan yang bermutu yang dapat diperolehi melalui pusat sumber .
Pengurusan pinjaman bahan iaitu buku dan juga bukan buku kepada pelajar dan juga kakitangan sekolah.
Guru-guru dapat menjalankan proses P&P melalui penggunaan pelbagai bahan rangsangan yang disediakan oleh PSS dan murid-murid dapat meningkatkan kefahaman pembelajaran dan seterusnya dapat merealisasikan pencapaian akademik yang cemerlang.
VISI DAN MISI
Visi
PSS SMK Kamarul Ariffin Bersama-sama Menjana Ilmu dan Maklumat ke Arah Warga Sekolah yang Cemerlang
Misi
PSS SMK Kamarul Ariffin menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggunakan pelbagai media untuk mendatangkan keseronokan dalam menuntut ilmu dalam kalangan pelajar.
Langgan:
Ulasan (Atom)















